Langkau ke kandungan utama

Sahabat Sejati


Di dunia ini, mencari sahabat sejati merupakan salah satu cabaran juga buat kita umat Islam. Sudahkah kalian menemui sahabat sejati anda? Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata:
"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur, hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu sukar.”
Apakah ciri-ciri sahabat sejati di pandangan kalian semua? Adakah seperti berikut:
  • mampu menyiapkan tugasan (assignment) kita semasa di kampus;
  • mampu memberi kita wang tunai dan sentiasa belanja kita di mana-mana sahaja;
  • sentiasa bersuka ria bersama-sama kita;
  • untuk berseronok-seronok;
  • untuk jadikan ahli kumpulan bagi senang menyelesaikan tugasan (assignment) atau kerja kursus; atau
  • tempat kita cari ketika kita memerlukan pertolongan dan tinggalkan ketika kita dalam keadaan senang?
Bagi pandangan ikhlas penulis, kriteria-kriteria di atas langsung tidak memenuhi kriteria yang baik sebagai sahabat sejati Muslim. Sahabat sejati bukannya mudah untuk diperolehi. Memerlukan masa, persefahaman dan keikhlasan dari hati. 

Pernahkah kita terfikir, apabila kita dalam keadaan sakit, berapa orangkah dari beramai-ramai kawan yang sanggup bersusah payah dan berkorban masa dan sebagainya untuk membantu kita dalam proses kita untuk sembuh? Ketika kita dalam keadaan susah, berapa orangkah dari berjuta rakan-rakan yang sanggup bersusah payah menghulurkan tangan untuk membantu dan meringankan beban kita?

Sahabat sejati ialah merupakan insan yang sentiasa berada di sisi kita, ketika susah atau senang, ketika suka ataupun duka, ketika sihat mahupun sakit, ketika ketawa dan juga menangis dan sentiasa memberi sokongan pada kita dalam masa apa jua sekalipun.

Dan yang paling penting sebagai sesama Muslim, sahabat sejati juga memainkan peranan yang amat penting dalam membantu dan membimbing kita ke jalan yang diredhai oleh Allah serta sentiasa bersedia untuk menegur kita ketika kita berada di landasan yang salah dalam hidup yang penuh dugaan ini.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata:
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: 'Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat.' " (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)

Ikhlas kerana Allah,
Mohiz M. Faiz
(Hamba Ilahi)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Si Gadis Bunga Kantan

Seusai urusan di sebuah pejabat, terkilas seorang wanita yang sudah berusia dalam lingkungan tidak kurang daripada 60 tahun di tangga bangunan tersebut. Kelihatannya seperti sedang mendagangkan sesuatu. Maka penulis hanya meneruskan perjalanannya ke parkir untuk pulang tanpa menghiraukan wanita tersebut. Namun beberapa ketika selepas itu, penulis terdetik untuk berubah fikiran dan membuat keputusan untuk berpatah balik ke bangunan tersebut untuk mengenalpasti dengan lebih t erperinci akan urusan apakah yang wanita tersebut sedang lakukan. Maka bertanya penulis kepada wanita tersebut, "Mak Cik...jual apa Mak Cik?" Wanita tersebut pun sambil tangan beliau menunjukkan bungkusan surat khabar dan plastik lalu menjawab dengan nada yang lemah lembut penuh kesantunan, "buah mempelam (mangga). Yang ni pula (dalam bungkusan surat khabar) bunga kantan." Lalu bertanya lagi penulis, "bunga kantan ni berapa ringgit?" Selepas mendapat jawapa...

Hasbullah Mazlan: Dah 23

Tanggal 26 Ogos 2014, sahabat aku menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-23. Alhamdulillah. Didoakan agar umurnya panjang diberkati dan dikurniakan rezeki yang halal. Sedar tak sedar, aku dah lama tak menulis entri di blog "Diari Hamba Ilahi" ni. Haha. Nak kata tak ada idea? Ada ja. Tapi ia diracuni oleh elemen-elemen serta racun sifat pemalas kot. Hahak!

5 Tips Bijak Jauhi Zina

PROSES ZINA: Pandangan >  Senyuman > Berdua-duaan > Bersentuhan > Berzina.   Dalam konteks ini, Rasulullah SAW menerangkan: "Kedua-dua mata itu boleh melakukan zina, kedua-dua tangan itu boleh melakukan zina, kedua-dua kaki itu boleh melakukan zina. Kesemuanya itu akan direalisasikan atau digagalkan (melakukan zina sebenar) oleh kemaluan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 1)  Jaga Pandangan Mata: Seperti yang sering diungkapkan oleh pepatah Melayu: "Dari mata, turun ke hati." Mata adalah jendela bagi hati. Untuk menjaga hati, terlebih dahulu mesti menjaga mata. Apabila kita menjaga mata, Allah akan memelihara iman di dalam hati. Allah akan memberikan kekuatan, kesabaran dan kebijaksanaan menghadapi 'kelazatan' mata yang sementara. Maka, akan lahir kemanisan iman untuk lebih kuat beribadah dan mentaati Allah. Ibadahnya akan menjadi lebih kemas dan berkualiti. Tetapi kadang kala mata ini tidak sengaja terpandang perkara-perkar...