Di dunia ini, mencari sahabat sejati merupakan salah satu cabaran juga buat kita umat Islam. Sudahkah kalian menemui sahabat sejati anda? Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata: "Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur, hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu sukar.” Apakah ciri-ciri sahabat sejati di pandangan kalian semua? Adakah seperti berikut: mampu menyiapkan tugasan ( assignment ) kita semasa di kampus; mampu memberi kita wang tunai dan sentiasa belanja kita di mana-mana sahaja; sentiasa bersuka ria bersama-sama kita; untuk berseronok-seronok; untuk jadikan ahli kumpulan bagi senang menyelesaikan tugasan ( assignment ) atau kerja kursus; atau tempat kita cari ketika kita memerlukan pertolongan dan tinggalkan ketika kita dalam keadaan senang? Bagi pandangan ikhlas penulis, kriteria-kriteria di atas langsung tidak memenuhi kriteria yang baik sebagai sahabat sejati Muslim. Sahabat s...