Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Mengapa Perlu Risaukan Isu Pembuangan Anak Haram?

Dewasa kini, isu pembuangan bayi atau anak luar nikah (haram) semakin berleluasa dan amat membimbangkan masyarakat. Persoalannya, adakah isu ini perlu dibimbangkan? Pasti ada yang terkejut apabila penulis sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sebenarnya, penulis tidak bermaksudkan supaya kita tidak perlu bimbang tentang isu pembuangan bayi ini. Isunya sekarang ialah pergaulan bebas di kalangan remaja makin berleluasa dan tiada batasannya. Punca utamanya ialah perlakuan zina di kalangan remaja malah ada juga yang masih di bangku sekolah. Siapa salah dalam hal ini? Usahlah kita menuding jari atau mencari mana-mana pihak yang bersalah. Semuanya berpunca dari diri kita sendiri. Punca utamanya ialah secara asasnya tentulah perlakuan zina. Mengapa berlakunya zina? Ia dimulakan dengan pandangan mata, kemudian diteruskan dengan perbualan mulut, lalu meransang kepada nafsu untuk bersentuhan tangan dan kemudiannya diteruskan ke perlakuan yang melibatkan kemaluan.  Dalam hal...

Sifat Peribadi Rasulullah

Hasan bin Ali bercerita, "Aku bertanya kepada ayah saudaraku, Hindun bin Abi Halah. Beliau adalah orang yang mengetahui banyak perkara mengenai Rasulullah SAW. Aku berkata: Beritahulah kepadaku bagaimanakah cara Rasulullah berbicara ? Hindun menjawab, "Rasulullah adalah seorang yang selalu bersedih (semasa mengadu kepada Tuhannya dan menyaksikan kebesaran-Nya, bukan kerana keduniaan). Beliau tidak pernah berhenti berfikir, lebih banyak diam, tidak pernah berbicara hal yang sia-sia. Beliau memulakan dan mengakhiri bicara dengan menyebut nama Allah. Beliau berbicara dengan ringkas namun penuh makna. Kata-kata beliau terperinci, tidak berlebihan dan tidak dikurangkan. Rasulullah bukan seorang yang keras (kasar) dan tidak suka menghina. Beliau selalu mensyukuri nikmat Allah walaupun sedikit dan tidak pernah sekali pun mencela kurniaan yang diberikan. Beliau tidak pernah mengeji mahupun memuji makanan.  Rasulullah tidak pernah marah disebabkan urusan duniawi . Namun...