Langkau ke kandungan utama

Catatan

Si Gadis Bunga Kantan

Seusai urusan di sebuah pejabat, terkilas seorang wanita yang sudah berusia dalam lingkungan tidak kurang daripada 60 tahun di tangga bangunan tersebut. Kelihatannya seperti sedang mendagangkan sesuatu. Maka penulis hanya meneruskan perjalanannya ke parkir untuk pulang tanpa menghiraukan wanita tersebut. Namun beberapa ketika selepas itu, penulis terdetik untuk berubah fikiran dan membuat keputusan untuk berpatah balik ke bangunan tersebut untuk mengenalpasti dengan lebih t erperinci akan urusan apakah yang wanita tersebut sedang lakukan. Maka bertanya penulis kepada wanita tersebut, "Mak Cik...jual apa Mak Cik?" Wanita tersebut pun sambil tangan beliau menunjukkan bungkusan surat khabar dan plastik lalu menjawab dengan nada yang lemah lembut penuh kesantunan, "buah mempelam (mangga). Yang ni pula (dalam bungkusan surat khabar) bunga kantan." Lalu bertanya lagi penulis, "bunga kantan ni berapa ringgit?" Selepas mendapat jawapa...
Catatan terbaharu

Hasbullah Mazlan: Dah 23

Tanggal 26 Ogos 2014, sahabat aku menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-23. Alhamdulillah. Didoakan agar umurnya panjang diberkati dan dikurniakan rezeki yang halal. Sedar tak sedar, aku dah lama tak menulis entri di blog "Diari Hamba Ilahi" ni. Haha. Nak kata tak ada idea? Ada ja. Tapi ia diracuni oleh elemen-elemen serta racun sifat pemalas kot. Hahak!

5 Tips Bijak Jauhi Zina

PROSES ZINA: Pandangan >  Senyuman > Berdua-duaan > Bersentuhan > Berzina.   Dalam konteks ini, Rasulullah SAW menerangkan: "Kedua-dua mata itu boleh melakukan zina, kedua-dua tangan itu boleh melakukan zina, kedua-dua kaki itu boleh melakukan zina. Kesemuanya itu akan direalisasikan atau digagalkan (melakukan zina sebenar) oleh kemaluan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 1)  Jaga Pandangan Mata: Seperti yang sering diungkapkan oleh pepatah Melayu: "Dari mata, turun ke hati." Mata adalah jendela bagi hati. Untuk menjaga hati, terlebih dahulu mesti menjaga mata. Apabila kita menjaga mata, Allah akan memelihara iman di dalam hati. Allah akan memberikan kekuatan, kesabaran dan kebijaksanaan menghadapi 'kelazatan' mata yang sementara. Maka, akan lahir kemanisan iman untuk lebih kuat beribadah dan mentaati Allah. Ibadahnya akan menjadi lebih kemas dan berkualiti. Tetapi kadang kala mata ini tidak sengaja terpandang perkara-perkar...

Mengapa Perlu Risaukan Isu Pembuangan Anak Haram?

Dewasa kini, isu pembuangan bayi atau anak luar nikah (haram) semakin berleluasa dan amat membimbangkan masyarakat. Persoalannya, adakah isu ini perlu dibimbangkan? Pasti ada yang terkejut apabila penulis sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sebenarnya, penulis tidak bermaksudkan supaya kita tidak perlu bimbang tentang isu pembuangan bayi ini. Isunya sekarang ialah pergaulan bebas di kalangan remaja makin berleluasa dan tiada batasannya. Punca utamanya ialah perlakuan zina di kalangan remaja malah ada juga yang masih di bangku sekolah. Siapa salah dalam hal ini? Usahlah kita menuding jari atau mencari mana-mana pihak yang bersalah. Semuanya berpunca dari diri kita sendiri. Punca utamanya ialah secara asasnya tentulah perlakuan zina. Mengapa berlakunya zina? Ia dimulakan dengan pandangan mata, kemudian diteruskan dengan perbualan mulut, lalu meransang kepada nafsu untuk bersentuhan tangan dan kemudiannya diteruskan ke perlakuan yang melibatkan kemaluan.  Dalam hal...

Sifat Peribadi Rasulullah

Hasan bin Ali bercerita, "Aku bertanya kepada ayah saudaraku, Hindun bin Abi Halah. Beliau adalah orang yang mengetahui banyak perkara mengenai Rasulullah SAW. Aku berkata: Beritahulah kepadaku bagaimanakah cara Rasulullah berbicara ? Hindun menjawab, "Rasulullah adalah seorang yang selalu bersedih (semasa mengadu kepada Tuhannya dan menyaksikan kebesaran-Nya, bukan kerana keduniaan). Beliau tidak pernah berhenti berfikir, lebih banyak diam, tidak pernah berbicara hal yang sia-sia. Beliau memulakan dan mengakhiri bicara dengan menyebut nama Allah. Beliau berbicara dengan ringkas namun penuh makna. Kata-kata beliau terperinci, tidak berlebihan dan tidak dikurangkan. Rasulullah bukan seorang yang keras (kasar) dan tidak suka menghina. Beliau selalu mensyukuri nikmat Allah walaupun sedikit dan tidak pernah sekali pun mencela kurniaan yang diberikan. Beliau tidak pernah mengeji mahupun memuji makanan.  Rasulullah tidak pernah marah disebabkan urusan duniawi . Namun...

Agama Ibubapa Rasulullah? Islam atau Tidak?

Soalan dan isu sebegini seringkali dibangkitkan oleh umat-umat Islam yang meragui dan mempunyai perasaan ingin tahu akan agama yang dianuti oleh ibubapa Rasulullah SAW sedangkan ajaran agama Islam didatangkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW, erti kata lain dibawa selepas baginda dilahirkan. Bagaimana pula dengan ibubapa baginda? Sebenar-benarnya soalan sebegini tidaklah perlu dijadikan isu atau dibangkitkan kerana ia seolah-olah tidak menghormati Rasulullah SAW. Di samping itu, isu sebegini tidaklah sehingga menyebabkan kafir mengkafir sesama umat Islam. Hal ini demikian kerana jika kita renungkan kembali, ia tidak termasuk dalam salah satu rukun Islam dan rukun Iman. Selain itu, perkara sebegini terdapat banyak khilaf sesama ahli ulama' yakni percanggahan pendapat.  Penulis sempat menanyakan hal ini kepada beberapa orang ustaz. Semua yang mengikut ajaran tauhid adalah Muslim, iaitu menyerah diri kepada Allah SWT. Sebab itu Allah menyebut nabi Ibrahim sebagai Hanifan M...

Sahabat Sejati

Di dunia ini, mencari sahabat sejati merupakan salah satu cabaran juga buat kita umat Islam. Sudahkah kalian menemui sahabat sejati anda? Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata: "Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur, hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu sukar.” Apakah ciri-ciri sahabat sejati di pandangan kalian semua? Adakah seperti berikut: mampu menyiapkan tugasan ( assignment ) kita semasa di kampus; mampu memberi kita wang tunai dan sentiasa belanja kita di mana-mana sahaja; sentiasa bersuka ria bersama-sama kita; untuk berseronok-seronok; untuk jadikan ahli kumpulan bagi senang menyelesaikan tugasan ( assignment ) atau kerja kursus; atau tempat kita cari ketika kita memerlukan pertolongan dan tinggalkan ketika kita dalam keadaan senang? Bagi pandangan ikhlas penulis, kriteria-kriteria di atas langsung tidak memenuhi kriteria yang baik sebagai sahabat sejati Muslim. Sahabat s...