Soalan dan isu sebegini seringkali dibangkitkan oleh umat-umat Islam yang meragui dan mempunyai perasaan ingin tahu akan agama yang dianuti oleh ibubapa Rasulullah SAW sedangkan ajaran agama Islam didatangkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW, erti kata lain dibawa selepas baginda dilahirkan. Bagaimana pula dengan ibubapa baginda? Sebenar-benarnya soalan sebegini tidaklah perlu dijadikan isu atau dibangkitkan kerana ia seolah-olah tidak menghormati Rasulullah SAW. Di samping itu, isu sebegini tidaklah sehingga menyebabkan kafir mengkafir sesama umat Islam. Hal ini demikian kerana jika kita renungkan kembali, ia tidak termasuk dalam salah satu rukun Islam dan rukun Iman. Selain itu, perkara sebegini terdapat banyak khilaf sesama ahli ulama' yakni percanggahan pendapat. Penulis sempat menanyakan hal ini kepada beberapa orang ustaz. Semua yang mengikut ajaran tauhid adalah Muslim, iaitu menyerah diri kepada Allah SWT. Sebab itu Allah menyebut nabi Ibrahim sebagai Hanifan M...