Seusai urusan di sebuah pejabat, terkilas seorang wanita yang sudah berusia dalam lingkungan tidak kurang daripada 60 tahun di tangga bangunan tersebut. Kelihatannya seperti sedang mendagangkan sesuatu. Maka penulis hanya meneruskan perjalanannya ke parkir untuk pulang tanpa menghiraukan wanita tersebut. Namun beberapa ketika selepas itu, penulis terdetik untuk berubah fikiran dan membuat keputusan untuk berpatah balik ke bangunan tersebut untuk mengenalpasti dengan lebih t erperinci akan urusan apakah yang wanita tersebut sedang lakukan. Maka bertanya penulis kepada wanita tersebut, "Mak Cik...jual apa Mak Cik?" Wanita tersebut pun sambil tangan beliau menunjukkan bungkusan surat khabar dan plastik lalu menjawab dengan nada yang lemah lembut penuh kesantunan, "buah mempelam (mangga). Yang ni pula (dalam bungkusan surat khabar) bunga kantan." Lalu bertanya lagi penulis, "bunga kantan ni berapa ringgit?" Selepas mendapat jawapa...